LE'SUPERGIRL
Last day in Penang.

07 June 2012 @ 6/07/2012 08:08:00 am | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Baru nak update untuk hari last day dekat Penang. Pagi tu, kemas-kemas beg then check-out. Lepas tu breakfast dekat Restoran Khaleel dekat Teluk Bahang. Mamak okay !! Pagi-pagi lagi dah kena mamak. Zaty just order tosai telur dengan air suam. Lepas tu hala nak turun bawah tu berhenti sekejap dekat satu tempat. Saje berhenti sebab Pak Ndak nak tengok ombak. Ombak sangat la kuat. Bila nak dekat pantai pun, ombak masih bergulung lagi, tahu tak? Scarry giler tengok.

Then, straight ke Bukit Bendera. Kali ketiga pergi. Last pergi waktu cuti sekolah bulan Mac and first time pergi pd tahun 2004. Kira-kira waktu umur 6 tahun. Dalam sepuluh minit, dah dapat tiket untuk naik train. Naik train tu, sekejap je. 5 minit dah smpai. Jalan-jalan dekat situ. Mak Ndak and family naik buggy car. Naik benda tu lebih kurang setengah jam. Dia bawa kita bahagian dalam lagi tempat. Zaty tak naik sebab dah naik hari tu. Best jugak. Lepas tu, pergi foodcourt. Kitaorang minum-minum. Zaty order Ice-Blended. Semestinya perisa coklat. Lepas tu turun bawah. Waktu nak turun bawah tu, kitaorang duduk seat paling depan. Bila train tu turun, dah la laju lepas tu duduk depan pulak tu. Dah macam naik roller-coaster dah.

Lepas turun dari Bukit Bendera terus pergi rumah P.Ramlee. Sampai sana pun lebih kurang pukul 4 petang. Dekat situ ada galeri, auditorium & rumah P.Ramlee. Dekat situ pun ada disediakan surau. Dah alang-alang dekat pukul 5, solat terus dekat situ. Mak Ndak pun dah nak balik. Mak Adik follow Mak Ndak sebab Tokki akan ambik Mak Adik dekat KL. Waktu lalu dekat Jambatan Pulau Pinang tu, tak jam sangat. Tapi waktu nak bayar tol tu yang jam. Then, makan dekat Restoran Nasi Kandar Pelita dekat Auto-City. Semua makan nasi kecuali Aidid je order Maggi.


Dah habis makan tu, borak-borak sekejap. Lepas makan tu, Mak Ndak terus balik. Zaty & family singgah rumah Mak Su dekat Guar Perahu. Sampai sana lebih kurang pukul 8:30 malam. Singgah solat kejap. Ala, singgah pun lebih kurang 2 jam. Sempat lagi tengok Cinta V-Log. Best citer tu. Kesian Mak Adik tak dapat tengok sebab on the way balik KL. Nevermind. Then, sampai SP pukul 11 malam. Hari yang sangat memenatkan tapi memang AWESOME !!


Okay, Zaty pun dah tak de idea nak tulis. Hari ni dah hari Khamis. Isnin nanti buka sekolah. Arghhh, malas nya nak sekolah. Dah la result exam keluar. Takut betul. By the way, esok  nak pergi Alor Setar. Ada kenduri dekat sana. Insyaallah Zaty pergi. Hari Sabtu dh nak balik. Tahu la nak update ke tak esok. Takut malas je. Okay, better stop here first. Lagipun, Zaty nak pergi makan aiskrim coklat. Nanti Zaty update. Bye-bye. Assalamualaikum & Good night !!

p/s : Hari ni, kerja Zaty asyik makan aiskrim je. Hampir separuh dari bekas aiskrim yang besar tu, Zaty yang makan. Nampak sangat gila aiskrim!!



Older Post | Newer Post
Disclaimer

No moment will be more true, then the moment I look at you :)


Navigations

Diary About Site

Footprint


Big Claps

Template by : Ki Baro
Basecode by : NurynnFarisyaa